Aug 15, 2012

Creamy Carbonara

Nak bagi resepi pulak kali ni..
First time makan creamy carbonara mase makan kat Secret Recipe..
Aduh..sedap betul..kecur air liur bile teringat..hehe

Ok, xmo sembang panjang..
Bagi yang nak try, sila tengok resepi kat bawah ni..
Mudah sesangat..buat sendiri selain menjimatkan,puas makan..(dapat makan ulang2 kali) ;D


Jamu mate dulu sebelum masak..Inilah hasilnyer


Bahan-bahan : 

1/2  Peket           Pasta (ikut suke nak jenis/bentuk)
1     Tin                Prego Carbonara (tin kaler biru *macam yang ditunjukkan dibawah)
1/2  Tin                Susu cair
1     Tin                Cendawan butang (terpulang nak letak atau xnak...saya suke sebab nanti kuah lagi pekat
2     Biji                Bawang besar (potong dadu)
3     Ulas              Bawang putih (dicincang
2     Ketul             Isi ayam bahagian dada ( dipotong kiub)
500 gram            Isi udang (jika mahu)
Sedikit                Minyak masak, garam & lada hitam 


Cara penyediaan :

1. Rebus pasta bersama sedikit minyak dan garam (ini bagi mengelakkan pasta melekat dan mempunyai   sedikit rasa) di dalam periuk hingga betul2 masak, kemudian tos dan ketepikan.  

2. Panaskan minyak didalam periuk berasingan, tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit layu.

3. Masukkan ayam dan cendawan butang yang telah dipotong. Kacau sehingga ayam separuh masak, kemudian masukkan sos carbonara bersama-sama 1 tin juga air..

4. Kacau perlahan-lahan sehingga kuah sedikit menggelegak. Perlahankan api, masukkan susu cair, kacau lagi perlahan-lahan sehingga kuah agak pekat..masukkan garam & lada hitam yang sudah ditumbuk sebagai bahan perasa.

5. Jika nak tambah udang, boleh masuk di waktu ini (untuk mengelakkan isi udang hancur@cepat masak)

6. Agak2 pekat dan kuah sudah menggelegak, tutup api..

7. Masukkan pasta ke dalam pinggan, kemudian masukkan kuahnya, taburkan sedikit daun parsley untuk hiasan..Sedia untuk dimakan..

* nak sedap lagi, taburkan cheese diatas kuah waktu panas2..

~ Selamat Menjamu Selera ~
Inilah rupe prego carbonara. Pastikan tin bewarna biru yea..


Nota Kaki : Encik suami baru jer request untuk makan waktu berbuka aritu.. ;) 

No comments:

Post a Comment